Sejarah Seni khat Parsi

Nasta'liq

Rencana utama: Nasta'liq (seni khat)

Selepas penaklukan Islam ke atas Parsi pada abad ketujuh, bangsa Parsi menerapkan abjad Arab ke dalam bahasa mereka lalu membangunkan skrip tulisan mereka sendiri. Di samping 28 abjad asal Arab, empat lagi abjad tambahan diterapkan oleh orang Parsi lalu membentuk tulisan Parsi pada masa kini.[1]

Kira-kira seribu tahun lalu, Ibn Muqlah (Bahasa Parsi: ابنِ مقله بيضاوی شيرازی‎) dan adik-beradiknya mencipta enam jenis seni khat Parsi, yakni Mohaqiq, Reyhan, Sols, Naskh, Toqi and Riqa'. Jenis-jenis ini lazim selama empad abad dalam budaya Parsi. Pada abad ketujuh Hijrah, Hassan Farsi Kateb menggabungkan khat Naskh dan Riqa' lalu membentuk seni khat Ta'liq. Pada abad ke-14, Mir Ali Tabrizi menggabungkan pula khat Naskh dan Ta'liq lalu mencipta seni khat Nas’taliq.[1] Dalam 500 tahun terkini, Nastaʿlīq telah menjadi gaya khat utama dalam penulisan skrip Arab-Parsi.